Saturday, December 15, 2012

Seronok bila buat roti menjadi...




Kali pertama buat terus menjadi memang seronok. Terima kasih kpd Seri Wangi, . Resepinya mudah aje. cuma nak menguli tepung tu lbhkurg 40 minit agak membina otot lengan jugaklah. Tapi kalu ada mesin pengadun roti bukan masalah besar. Bila time bakar nampak roti naik menggebu tu yang seronok.  

Saturday, December 1, 2012

Cheese cake versi lapis biskut

Haa... ni dia... amacam nampak menggiurkan tak? kek ni senang dan murah aje. terima kasih kpd yg empunya resepi , ni saya copy dr internet/blog ada satu akak tu rajin n pandai masak, alamak lupa pulak apa nama  blognya tapi kalau tak silap namanya Kak Nor.
Resepinya guna biskut marie je.

Blog yang bersawang hampir 3 tahun

Dah lama tak jenguk blog sesawang ni, nasib baik tak ada anai-anai. Tapi ladybirds yg berterbangan ni pun memeningkan kepala juga. macam mana nak buang benda ni ya? skill dah lupa. kena study smula ni. Azam baru cuti-cuti gini ingat nak aktif menulis. Rasa-rasa nak tukar tajuk atas tu 'Ma vie" jadi 'Ma vie di ceruk dapur' lah pulak, rasa macam ala-ala Cinderella lah pulak...OOps tak jadilah, nak tukar jadi "Apa-apa aje!" lah
 

Wednesday, May 26, 2010

Cuti-cuti Bandung, Indonesia.

Orang gi Bandung, kita pun nak gi juga. Biasalah manusia ni, suka ikut-ikutan gitu. Tapi ikut pun berasas juga, yelaa, bahasa mudah, makan mudah , mata wang murah dan cendremata yg boleh dibeli pun murah dan praktikal he he apa lagi.. telekung sembahyang lah (murah dan cantik tapi balik rumah kena adjustlah sikit ikut muka kita yg kiut-miut ni). Kalau bagi hadiah kat orang pun harap2 dapatlah saham sekali kat akhirat nanti, ikhlaskan niat.. insyaAllah. Tapi sayangnya walaupun 3 malam kat sana x banyak yg sempat dibeli.
Kami dijemput Pak Asep di Airport dan terus di bawa ke hotel di Puncak. Cuaca sejuk. Malam pertama tido di Puncak dan hari berikutnya habiskan masa di safari Park. Cantiknya hidupan2 ni lihat dari dekat. Boleh sentuh juga dan bagi makan. Jealous pulak bagi diorang ni makan carot fresh2 , kalu kat umah mesti dah buat jus carot... hmmm freshnya. Saya & nurin suka sangat tengok zirafah, zebra ,burung merak dan lain2 lg. Memang happy sgt, terutamanya nurin, seronok dia bg makan dan tengok aksi gajah2.                            

Esok hari pula kami pegi ke Tangkuban Perahu. Nak tengok kawah gunung berapi. Kuatnya bau sulfur, sakit juga hidung. Walaupun kawasan tanah tinggi yang biasanya udara nya fresh tapi kat sini sesak nafas juga dibuatnya. Katanya Masih aktif. Turun dari Tangkuban perahu baru dapat gi Pasar Baru. 3 jam saja masa kami ada utk shopping, sbyang, makan. Frustlah jugak.... Malam pegi outlet.

Pagi esoknya lepas breakfast, Pak Asep(driver kami sepanjang 4 hari) bawa bersiar pusing-pusing kota Bandung, dan sebelum drop kami di Airport kami sempat singgah di Kartika Sari dan Amanda utk beli kek-kek dan brownies . Sedapnya boleng-boleng pisang keju dan brownies bakar, brownies kukus pun ok juga sbb lebih murah. Bolehlah buat buah tangan utk org Trg. Balik Sarawak pun bawa kek lapis. Tak boleh lari dari KEK lah hidup kita ni... tu kolesterol degil sgt tu...

Cuti-cuti Pak Usop ke Bintulu & Sibu, Sarawak



Ayah (Yusof Hj.Ya'cob)tiba Bintulu by Airasia. Bertolak awal pagi dari Kuala Terengganu ke LCCT. Then fly to Bintulu. Tiba Bintulu Airport petang. Alone. Jalan-jalan Bintulu. Pergi Sibu juga. Mengimbau kenangan lama ketika bertugas sebagai askar 35 tahun yg lalu. Sudah tentu banyak perubahan berbanding dulu. Kami pergi berempat menaiki kereta viva bapa. Aduh mak ooi jalan sangatlah sakit. melambung-lambung naik kereta kecil.

Friday, February 19, 2010

Berhari Raya Di Kuching


Pagi raya makan-makan dan bersalam-salaman/bermaaf-maafan di rumah Ana n Nazam. Lepas tu beraya di rumah ibubapa Nazam.Makan-makan, baring-baring keletihan dan lepas sembahyang ke SPRING . Berbezalah raya di Terengganu, supermarket tutup raya pertama dan kita pun x rasa atau dgn kata lain x berkesempatan berkunjung ke supermarket. Tapi kat sini dah x ada rumah nak dituju/nak beraya, so nak habiskan masa siang tu ke supermarketlah. Lembu pun x nampak kita, kita pun x nampak lembu. Beraya tempat orang…..

Cuti Akhir Tahun


Cuti akhir tahun 2009,kami berkunjung ke Kuching. Biasanya transit je kat Kuching sebelum balik ke Bintulu, tapi kali ni lama sikit kat sini , so kami berpeluang berkunjung ke Kg Budaya Sarawak. Tiap-tiap tahun balik Sarawak kekadang tu dua kali setahun tapi x berkesempatan singgah lama di Kuching. Jadi apa lagi, bergembira rialah kami sekeluarga menjelajah dari rumah ke rumah kaum bumiputera Sarawak. Ditemani Danish, anak saudara, so taklah boring sangat Nurin, adalah teman untuk berkejar ke sana-sini. Ana(adik ipar), mak dan bapa pula gi pasar shopping untuk keperluang untuk hari raya esok hari. Mak n bapa datang untuk sambut raya di kuching, begitu juga Zaimi(adik ipar) dari KL. Kira kami berkumpul di Kuchinglah Raya haji tahun ni. Abang yang sulung pula tiba pada jumaat malam (kira masih lagi raya pertama gitu...).